tentang

Assyari'un Arkhabil

As Syariun adalah merupakan sebuah majlis agama & sosial sekitar nusantara gabungan 4 negara terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei. ​

Tentang

Sekilas tentang kami

Di dalam majelis, kita tidak mengajarkan agama baru. Melainkan meluruskan akidah dan akhlak yang semakin dianggap remeh di akhir zaman. Di mana, banyaknya umat akhir zaman terlalu memikirkan tentang ‘syariat’, amaliyyah yang sudah sempurna hingga berlaku perdebatan hingga  hilang adab dan fitnah menfitnah di antara satu sama lain. Hingga menyebabkan perpecahan di kalangan ummat dan menguntungkan kaum-kaum yang ingin menjatuhkan islam.

 

Untuk menyertai majelis As-syariun haruslah mendaftar sebagai ahli, dan perlu faham dengan syarat-syarat yang ditetapkan melalui pegawai yang dilantik khusus oleh Majelis sebagai tanda kesetiaan dan kejujuran pada mereka yang ingin menyertai.

aktiviti

Memahami Perjalanan Aktiviti kami

  1. Muarrifat: bijaksana mengambil pelajaran, suka bertanya. Contoh: menilai kesesuaian memilih mazhab, tarekat dan sewaktu dengannya. Makrifat: mengenal Allah dan sifat-sifat Nya.
  2. Nasihat perlu lihat kesesuaian. Jangan nasihat dulu orang yang sedang marah, jangan nasihat dulu orang yang tengah lapar, jangan nasihat dulu orang yang dalam keletihan kelelahan, jangan menasihati orang yang sedang mabuk (mabuk khamr), dan jangan menasihati orang yang mengantuk (antara tidur dan jaga).  Nasihat tanpa melihat situasi menjahanamkan keadaan yg sudah buruk.
  3. Pendidikan di assyariun disingkatkan dari pelbagai pelajaran subjek agama, yang di mudahkan untuk difahami oleh generasi baharu. contoh: kitab akhlak banyak, kitab hadis banyak, diringkaskan kepada kitab Al-Jawahir Al Makhfiyyah demi memudahkan generasi “memahami diri” mengikuti ajaran islam sebenarnya.
  4. Assyariun: Sebuah kumpulan yang di jana oleh nabi Khidir menghasilkan pelbagai kepakaran seperti kepakaran perubatan, pertahanan, ekonomi, pendidikan, (wali²) tauhid, dll sebagai persediaan menyelamatkan umat akhir zaman.

As-Syariun Arkhabil adalah merupakan sebuah majelis agama & sosial sekitar nusantara gabungan 4 negara terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei.

Social media

Ikuti kami di media sosial berikut ini