KESAN DOA SIMATI KEPADA AHLI KELUARGA YANG HIDUP DI DUNIA
-AHMAD AL MAKHFI-
Rasulullah s.a.w ketika ada sahabat yang syahid, baginda menasihati agar perhatikanlah isteri dan anak-anak sahabat yang telah wafat. Seseorang yang meninggal, akan menyebut nama sahabat-sahabat yang terdekat, kerana kekhuatiran anak dan isteri yang ditinggalkannya. Ketika Malaikat memperlihatkan dan menyampaikan bahawa anak-anakmu dijamin oleh sahabatmu. Menitislah air mata mereka di alam barzakh kerana ada yang sanggup menguruskan keluarga sepanjang ketiadaannya. Apakah kita mengira mereka tidak akan mendoakan kita setelah dapat menyaksikan perbuatan kita terhadap keluarganya?? Alam dunia dan alam barzakh sangatlah tipis dinding pemisahnya.
Jika mereka tidak dapat berdoa untuk diri mereka setelah kematian dan terputuslah segala amal ibadat, namun mereka masih mampu berdoa dan meminta pada Allah untuk orang-orang hidup yang berbuat baik pada keluarganya. Dan tidak mustahil jika Allah makbulkan doa dan permintaannya semasa di barzakh untuk orang-orang yang masih hidup di dunia. Kerana Allah itu bersifat Malu, untuk tidak memakbulkan doa hambanya yang soleh atau yang telah syahid yang mendoakan kebaikan untuk yang masih hidup. Hanya Allah yang maha mendengar kalimah-kalimah yang terkeluar dari mulut orang yang sudah wafat.
Orang-orang wafat yang berada di Illiyin, terputuslah segala amaliahnya. Tapi yang tidak terputus antaranya ialah sedekah jariah yang masih mengalir pahalanya, atau amaliah kebaikan yang dicontohi oleh anak keturunannya. Ini kerana doa dari anak seperti ‘Ya Allah ampuni dosa kedua ibu bapaku”, bukan setakat itu maksudnya, (sepertimana hadis di bawah) bahkan luas skopnya, seperti ahli keluarganya yang bersyukur hingga dapat melakukan kebaikan seterusnya mengalir pahala kepada si mati.
Rasulullah ﷺ bersabda:
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعو له(رواه مسلم)
Artinya: “Jika anak adam meninggal dunia, amalnya menjadi putus kecuali tiga hal. Pertama, shadaqah jariyah, ilmu yang dmanfaatkan, atau anak shalih yang mendoakan dia.”
(HR Muslim: 931)
Orang yang mati akan diperlihatkan dan disampaikan oleh malaikat tentang apa jua amalan anak dan keluarganya yang masih hidup, sama ada dengan hartanya dan apa saja yang diwariskannya. Jika diperlihatkan keburukan keluarganya, maka mungkin saja dia berdoa di alam sana seperti diberikan hidayah, diberi kesihatan, diberi keluasan rezeki. Inilah yang dikatakan oleh ulama-ulama, boleh jadi apa yang kita miliki saat ini, bukan kerana kita bahkan dari doa orang orang terdahulu. Maka hak Allah jualah yang mengabulkan doa-doa orang yang dicintainya di alam barzakh.
Ustaz lutfi Assyariun juga membuat perbandingan, seperti orang yang berada di penjara, mereka tidak mampu lagi membela diri mereka. Tetapi berdoa untuk keluarganya supaya datang membelanya dan menjenguk keadaannya di penjara. Begitulah juga keadaan arwah di barzakh, tidak dapat lagi melakukan ibadah, namun berdoa agar keluarganya berubah menjadi baik dan kebaikan itu akhirnya mengalir lagi pahala kepada ahli kubur di alam barzakh.
Inilah hukum sebab dan akibat. Jika kita mahu selamat, maka perbanyaklah berbuat baik dalam kehidupan seperti mengambil berat anak yatim. Jikapun ada yang membenci, ramai lagi yang akan menyukai amaliah kita.
Maka adab berziarah kubur, perbetulkanlah kesalahan kita jika beranggapan orang mati dapat memberikan manfaat lalu kita berdoa pelbagai harapan kepada si wali. Kerana mereka tidak mengenali kita.
Jika malaikat menyampaikan ada orang berziarah, ahli kubur hanya menanyakan, apakah dari ahli keluarganya? Jika tiada mereka bersedih, dan tidak melaknat anak cucunya dan sentiasa mendoakan kebaikan. Jika orang lain ziarah setidaknya mereka akan mendoakan secara umum seperti “Ya Allah rahmatilah mereka umat Nabi Muhammad”.
