FAHAMI RAHSIA DISEBALIK SELAWAT ASRAR ALMAKHFI

FAHAMI RAHSIA DISEBALIK SELAWAT ASRAR ALMAKHFI
-Muzakarah Mufti Assyariun-

Diantara cebisan selawat tersebut, terkandung kalimah:

يَا مُحَمَّدُ أَسْأَلُكَ الشَّفَاعَةَ وَالمَحَبَّةْ وَفِي قُلُوبِي نُورُكَ يَا رَسُولَ اللهِ

Erti: Wahai Muhammad, aku memohon syafaat dan cintamu, dan di dalam hatiku ada cahayamu, wahai Rasulullah.

Keterangan:
Syafaat bererti, “pertolongan” agar baginda mendoakan kita untuk mudah taat kepada Allah. Juga bermaksud pertolongan dari baginda untuk kita memasuki syurga di Mahsyar kelak, maka inilah Syafaat Kubra atau syafaat terbesar Rasulullah, dalam membantu umatnya.

Jika pun ada yang menentang apakah orang mati boleh mendoakan yang hidup ? Atau adakah Rasulullah mengetahui permohonan kita? Semua keadaan umat baginda didunia akan disampaikan oleh Malaikat dan dibentangkan dihadapan baginda. Bahkan kelahiran setiap bayi, jam berapa, siapa yang azankan, beserta nama, semuanya diketahui baginda Rasulullah S.a.w.

Dalam sebuah hadis, diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a, Nabi ﷺ bersabda:

“Kehidupan Daku adalah baik bagi kamu, kamu berbicara (bertanya masalah dan hukum kepada Baginda) dan dibicarakan bagi kamu (dengan wahyu dan syariah daripada Allah melalui perantaraan Baginda). Kewafatanku juga adalah baik bagi kamu. Amalan kamu dibentangkan kepadaku, sekiranya apa yang Daku lihat berunsur kebaikan, maka Daku memuji Allah ke atasnya dan sekiranya apa yang Daku lihat berunsur kejahatan, maka Daku memohon keampunan kepada Allah untuk kamu.”

Kemudian kita meminta mahabbah itu, bererti agar Rasulullah tetap mencintai kita yang penuh kekurangan. Jika cinta Rasulullah kepada kita, maka ia sebagai sumber akan memperolehi pertolongan Allah. Cinta Rasulullah inilah harus diraih, dan salah satunya dengan amalan selawat Asrar ini.

Perintah Allah agar kita berselawat dan menyampaikan salam kepada Rasulullah:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا

Erti: Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab:56)

Syafaat dan mahabbah itu bersambung melalui nur Muhammad, hingga melahirkan perilaku-perilaku akhlakul karimah dan terpuji.

Kita meminta supaya makin besar dan bercahaya Nur Muhammad di hati kita. Karena setiap manusia yang lahir pasti di taruhkan Nur itu ke hatinya. Hanya saja sebagian menjadi redup akibat kemusyrikan, kekufuran dan nafsunya.

Rasulullah itulah pemilik asli Nur Muhammad. Penuh cahaya pada dirinya dengan segala sifat terpuji. Membawa kesempurnaan dalam hakikat, makrifat dan terzahir indah di dunia nyata melalui syariat.

Maka andai ada orang yang mengaku cinta Allah tapi tak berperilaku syariat, maka cintanya batal. Kerana syariat itu terkandung jalan/cara perilaku terpuji kepada Allah dan sesama makhluk, yang telah terakam pula dalam al-Quran.

Untuk mencapai cinta Allah, wajiblah kita mengikuti jalan syariat Rasulullah. Firman Allah:

قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ ۗ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

Erti: Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Ali Imran:31)