NIKMAT ALLAH MELALUI KENDERAAN
-ZAID TSABIT ASSYARIUN-
Tetaplah hati berterima kasih pada Allah!! Kerana mengizinkan kita dapat manfaatkan kenderaan.
Dari kesihatan dan keupayaan untuk bekerja sehingga mendapat wang. Dari ilmu dan kepakaran yang Allah mudahkan jurutera mencipta dan menundukkan isi alam iaitu besi dan mineral, maka terhasillah kenderaan.
Sehingga mudah pula bagi kita bergerak, serta memendekkan masa dan jarak perjalanan yang jauh.
Betapa Allah mahu kita menjadi hambanya yang bersyukur, tatkala menduduki tempat duduk kenderaan kita!!
Firman Allah: (Azzukhruf:12-13)
وَجَعَلَ لَكُمْ مِّنَ الْفُلْكِ وَالْاَنْعَامِ مَا تَرْكَبُوْنَۙ.
لِتَسْتَوُۥا۟ عَلَىٰ ظُهُورِهِۦ ثُمَّ تَذْكُرُوا۟ نِعْمَةَ رَبِّكُمْ إِذَا ٱسْتَوَيْتُمْ عَلَيْهِ وَتَقُولُوا۟ سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُۥ مُقْرِنِينَ.
Dan menjadikan kapal untukmu dan hewan ternak yang kamu tunggangi.
Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan: “Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya”.
